Saturday, October 21, 2006
keLeBIhAn rAmaDhAN
Aku cuma nak ceritakan kat suma pengunjung blog aku nih tentang kelebihan bulan yang mulia nih iaitu Bulan Ramdhan. Antaranya yang telah aku dapat dari sebuah buku ialah:-
- Terdapat malam Lailatulqadar yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
- Syurga dihias pada bulan Ramadhan.
- Pintu Syurga Babujannan di buka untuk umat Muhamad s.a.w. yang berpuasa pada bulan Ramadhan ini.
- Bau mulut orang puasa lebih harum daripada harum kasturi ketika di sisi Allah.
- Segala perbelanjaan dan derita kelaparan selama berpuasa akan di balas dengan Syurga.
- Diampunkan dosa-dosa besar pada malam Lailatulqadar.
- Amalan digandakan kepada sepuluh hingga 700 ganda.
- Amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda.
- Hamba Allah yang mukmin akan menerima rezeki yang melimpah-ruah.
- Sesiapa yang memberi makan kepada orang berpuasa (ketika berpuasa), pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba.
- Sesiapa yang hadir dalam majlis berzikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada setiap langkahnya bersamaan dengan dia melakukan amalan selama setahun.
- Orang yang sentiasa berjemaah dalam bulan ini, Allah akan mendirikan sebuah kota yang bercahaya indah cemerlangnya.
- Anak-anak yang berbakti kepada ibu dan bapa mereka, Allah memandang rahmat kepada mereka.
- Isteri yang berbuatsesuatu hanya untuk mencari keredhaan suaminya, Allah akan kurniakan pahala yang besar kepadanya seperti Siti Maryam.
- Sesiapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah akan menunaikan 1000 hajatnya.
- Sesiapa yang bersedekah kepada fakir miskin, setiap langkahnya dikurniakan 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat baginya.
- Orang yang bersembahyang pada bulan ini, setiap kali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata.
- Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 70 000 Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya.
- Pada hari Qiamat Allah memerintah Ridhwan supaya mengeluarkan orang-orang yang berpuasa dalam keadaan lapar dan dahaga, lalu menyuruh ridhwan memberikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman Syurga.
your love is like a shadow at 10/21/2006 12:47:00 AM
0 said we can't be wrong together
0 said we can't be wrong together