Sunday, November 26, 2006

untuk pompuan di luar sana........

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah
s.a.w yang melahirkan anak-anak
Rasulullah,
setia dan menyokong Rasulullah walaupun
ditentang hebat oleh orang-orang kafir
dan
musyrik, menghantarkan makanan kepada
Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira'.



2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi
pekertinya. Sangat kasih dan setia
kepada
suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun
Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kadang-kadang berbantalkan
lengan Ali. Rasulullah pernah berkata
aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.



3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling
romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dengan Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
akan minum menggunakan bekas yang sama.



4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada
suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas
suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail
(Pengorbanan seorg ibu mithali).



5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai
menjaga
kehormatan diri dan mempunyai maruah
yang tinggi sehingga rahimnya dipilih
oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan
Nabi Isa.



6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan
tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya
daripada Firaun Laknatullah.



7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung
Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.



8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan
dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kepada suami, menjaga makan
minum, menyediakan tongkat untuk
dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya
tidak
memuaskan hati, berhias dengan cantik
untuk tatapan suaminya sahaja.



9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi
isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup
membelanjakan semua hartanya untuk
membina terusan, untuk kegunaan orang
ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.



* 9 Siti ini adalah petikan daripada
kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud
dalam
rancangan Halaqah TV9 malam ahad
bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah anda
tergolong diantara Siti-siti ini?.
Tepuk
dada tanya iman. Sama-sama kita
tingkatkan ilmu kita untuk
menjadi insan yang lebih baik di Bumi
Allah ini, insyaAllah

your love is like a shadow at 11/26/2006 06:00:00 PM
0 said we can't be wrong together

it's all 'bout me...Pak Wan TSP


  • Wan Mohammad Faris Fahmi @ Pak Wan I'm 16 years old and still study at Tuanku Syed Putra Science Secondary School ( SEMESRA @ SMSTSP ) I'm going to sit for my SPM next year. Huhuhu.....need to study even harder than before... Live in Perlis. Stay at hostel of SMSTSP. One more important thing, I'm a Muslim boy. If you have anything to comment, you can send your e-mail to me dirently. wanfaris_semesra@yahoo.com. Don't forget to add me in your Messenger list. That's all about me.

'bout diz blog

talk to me friends...